Cerita Menarik Tanpa Video Malam Pertama Pengantin 1
Berikut adalah tips atau panduan menempuh malam pertama pengantin baru. Baca bagian keduanya lebih menarik KLIK DI SINI
Kami kutip berdasarkan pengalaman orang-orang lama, pembacaan dan kisah-kisah realiti remaja masakini. Walau bagaimana pun, ianya tentulah tidak sama dengan malam pertama di dalam kubur ya!!
1) Malam pertama hendaklah dijadikan malam untuk bertaaruf (berkenal-kenalan) secara lebih dekat – dari hati ke hati. Bersembang berdua sambil bercerita akan memberi ruang kasih sayang tercetus atas dasar saling memahami.
2) Pernikahan adalah halal dan dikira ibadah atau amal soleh menurut syariat. Ganjaran kehidupan suami isteri sangatlah besar di sisi Tuhan. Menghayati hal sebegini, akan mendorong suami isteri bersungguh-sungguh membina rumah tangga bahagia yang diredhai Tuhan.
3) Mulakan pertemuan suami isteri dengan suami mendatangi isteri sambil menghulur tangan bersalam. Ketika isteri memegang kedua tangan suami dan mengucup belakang tangan suami, niatlah mengambil keberkatan suami dan berazamlah untuk mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Suami hendaklah meletakkan tangan kirinya di atas ubun-ubun isteri lalu mendoakannya dengan sebaik-baik doa.
4) Jadikan malam pertama sebagai malam menyimpulkan niat dan azam bersama mencari keredhaan Tuhan. Fokuskan kepada Allah dan Rasul agar permulaan perkahwinan diwarnai dengan hati yang rasa takut, cemas dan bimbang dengan ancaman Tuhan.
5) Layanilah suami atau isteri dalam keadaan hati yang menguasai diri. Mohonlah bantuan Allah agar janganlah nafsu yang memainkan peranan di malam pertama dan sepanjang usia perkahwinan.
6) Suami mestilah lebih matang dan menonjol dalam membimbing isteri. Suami yang pemalu kadang-kadang lebih lambat memahami isteri. Walaupun ianya normal bagi seseorang remaja yang tidak pernah terdedah dengan pergaulan bebas, seeloknya bakal suami mendapatkan maklumat berkaitan rumah tangga sebagai persiapan.
7) Bakal suami atau isteri kenalah banyak bertanya dengan orang yang lebih dewasa, para pemimpin atau guru-guru yang tentu boleh menunjuk cara bagaimana bersama suami atau isteri bermula dari malam pertama. Ada banyak panduan berdasarkan pengalaman yang perlu diketahui oleh para remaja yang baru kahwin.
8) Usahakan tidak ada situasi kaku di malam pertama. Salah seorang perlu ‘meruntuhkan tembok pemisah’ antara keduanya. Berani dan takut kenalah bertempat.
9) Berhati-hati dalam berkata dan berjanji. Takut-takut syaitan dan nafsu menguasai diri maka yang diungkapkan adalah hampas yang tidak bernilai disisi Tuhan. Biasanya yang terjadi, yang dibicarakan adalah hal-hal dunia, kemewahan serta merencanakan masa depan untuk kesenangan di dunia semata-mata.
10) Untuk para remaja yang belum kahwin, peliharalah kehormatan diri anda – walau apa pun berlaku. Ingatlah bahawa zina akan menjadikan anda kesal seumur hidup. Berhati-hatilah dengan pergaulan anda agar tidak menjerumuskan anda ke lubang neraka! Wal ‘iyazubillah!! mereka yang mendahului perkahwinan dengan zina, tidak akan mengalami kemanisan atau keindahan malam pertama yang sebenarnya.
11) Jika anda lelaki yang berpoligami, berhati-hatilah dengan segala tindak tanduk anda. Kesilapan di malam pertama mengundang masalah yang tidak sudah. Banyak kawan-kawan Kami mengalaminya sebab tidak pandai mendekati isteri yang baru dikahwininya. Panduannya ialah, bersabarlah dan berilah masa untuk siisteri mengenali dan memahami.
12) Lihatlah pasangan anda untuk segera memahami hati dan jiwa dan perasaannya. Semakin cepat anda faham tentangnya, akan semakin mudah anda menangani masalah dan memahami karenahnya. Sebaik-baiknya kajilah dan fahamilah ini semua lebih awal. Tapi pastikan ianya mengikut lunas syariat dalam berhubungan dengan bakal isteri.
13) Masyarakat Melayu zaman dahulu mengamalkan ‘nikah gantung’. Ianya adalah nikah yang sah, cuma tidak disertai dengan kenduri kesyukuran atau majlis perkahwinan. Ia hanyalah akad nikah oleh wali atau naib kadi bagi mengelak berlakunya pertemuan kedua anak muda secara haram yang boleh membawa kepada zina. Untuk keselamatan, diakad nikahkan terlebih dahulu. Kendurinya mungkin beberapa bulan selepas itu. Langkah sebegini, elok juga diamalkan oleh kita di zaman ini. Jadi pertemuan malam pertama sudah didahului dengan perkenalan sesama mereka yang halal di sisi syarak.
Cukuplah sekadar ini saja. Bagi pembaca yang ada tambahan tips, sila tuliskan di bahagian komen. Syukran!!
Baca bagian keduanya lebih menarik KLIK DI SINI

Tags:
Video Malam Pengantin
0 komentar